KORSET CEGAH SAKIT BELAKANG












































SAKIT BELAKANG DAN SLIPPED DISC 


Sakit belakang biasanya terjadi di bahagian belakang badan, terutamanya di bahagian bawah. Pesakit akan merasakan sakit otot, atau sakit seperti dicucuk yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain. Ini akan menyukarkan pergerakan harian dan kebanyakan pesakit tidak mampu untuk berdiri tegak tanpa sokongan.



Didalam kes yang berat, pesakit akan berasa kebas di bahagian pinggang, punggung, peha dan kaki. Otot-otot pesakit berkemungkinan akan menjadi lemah.

Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit belakang ialah kerosakan cakera (Slipped Disc), degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera).




SLIPPED DISC terjadi apabila cakera(lapisan gel) yang menghubungkan tulang ke tulang dan berfungsi untuk menyerap hentakan, lari dari kedudukan asal. Tanpa lapisan perlindungan ini tadi, tulang akan menekan saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Saraf yang terhimpit tidak dapat menyalurkan bekalan oksigen dan ini kebiasaanya mengakibatkan kebas kepada bahagian tertentu badan.



Antara punca terjadinya slipped disc adalah :

I- Aktif melakukan sukan lasak (seperti ragbi atau muay thai)

II- Hentakan mengejut semasa terjatuh atau kemalangan.

III- Posisi badan yang salah ketika mengangkat beban yang berat.




IV- Berada pada posisi yang sama terlalu lama (Cth duduk dan menghadap skrin computer, berdiri terlalu lama) Memberikan tekanan pada bahagian bawah tulang belakang dan punggung.



“Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” Dr Siow(Pakar Bedah Ortopedik).


V- Berat badan berlebihan, tulang tidak mampu menampung tekanan dari berat badan.

VI- Tiada sokongan dari tilam ketika tidur (Posisi tidur tidak elok)

VII- Gaya hidup tidak aktif

VIII- Peningkatan umur (Cakera mula kehilangan cecair, hilang kebolehan untuk menyerap hentakan)

IX- Mempunyai sejarah penyakit Osteoporosis

Pencegahan 

Sakit belakang akibat postur badan yang salah atau lain-lain sebab bukan trauma(kemalangan) boleh dielakkan dengan melaukan aktiviti-aktiviti ini.

I- Mengamalkan senaman regangan badan, yoga, tai-chi atau pilates untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot.



II- Betulkan posisi badan anda ketika mengangkat beban yang berat bagi mengelakkan tekanan kepada bahagian bawah tulang belakang anda.





III- Kawal pemakanan terutama bagi yang berumur 35 tahun ke atas untuk megelakkan masalah berat berlebihan terutama di bahagian pinggang dan pinggul (Memberi tekanan pada otot di bahagian berkenaan)

IV- Tidur di atas tilam yang mampu memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembut supaya tidak menambah tekanan dan mengganggu lengkungan pada tulang belakang.

V- Segera berjumpa doctor pakar(Ortopedik) sekiranya anda pernah terjatuh atau kemalangan untuk memeriksa tahap kesihatan tulang belakang anda.

VI- Sentiasa mengamalkan postur badan yang betul ketika duduk, berdiri, atau berjalan. Jangan membongkok.

Tetapi, mengekalkan postur badan pada posisi yang betul setiap masa adalah sukar untuk dilakukan kerana tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Jadi bagaimana caranya untuk kita mengekalkan postur badan yang betul ketika melakukan aktiviti seharian?

Cube pakai korset. Korset ni apa? Korset ni adalah satu jenis pakaian ketat dari latex,nylon atau spandex yang kebiasaannya dipakai wanita untuk mengecilkan saiz pinggang dan pinggul, serta menutup lebihan lemak dan kulit yang menggelebeh pada badan. Ianya bersifat elastik dan mengikut bentuk tubuh badan si pemakai.

Sebenarnya pemakaian korset atau girdle untuk menyokong tulang belakang bukanlah perkara baru. Di bidang perubatan, pesakit tulang belakang atau slipped disc juga biasanya disarankan memakai “back support” terutamanya untuk mengurangkan kesakitan di bahagian lumbar.



Macam mana korset ni boleh bantu untuk mencegah sakit belakang?


Korset selain dari untuk tujuan mengecilkan badan, ia juga berfungsi untuk memberikan sokongan dan memperbaiki postur tulang belakang. Pemakaian korset adalah “body hugging”, dimana ia melekap pada badan si pemakai, dan meletakkan badan si pemakai kepada kedudukan menegap. Ia tidak menggangu bentuk asal tulang belakang malah membantu mengekalkannya terutama ketika pesakit melakukan kerja berat atau bersukan. Sekiranya dipakai secara konsisten, ia dapat membantu untuk mengekalkan postur badan yang betul dan seterusnya memberikan sokongan pada badan.

Korset boleh dipakai untuk mencegah badan anda dari mengalamai sakit belakang. Ia juga boleh dipakai oleh anda yang mempunyai slipped disc untuk memberikan sokongan kepada tulang belakang anda.

Tetapi harus diingat, pemakaian korset bukanlah rawatan yang sebenar untuk anda. Untuk anda yang meraskaan sakit belakang yang berterusan, haruslah berjumpa dengan doctor pakar untuk mengenalpasti jenis kesakitan yang anda alami (MRI, X-RAY), dan mendapatkan rawatan yang sebetulnya kerana mereka adalah orang yang lebih arif tentang tahap penyakit anda.

No comments:

Post a Comment